Go Back

14/01/

KARNIVAL SUKAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR


SABAK BERNAM, 06 - 07 Julai 2018, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) telah melaksanakan Karnival Sukan Asrama Yayasan Selangor (KSAYS) 2018 di Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam pada 6 hingga 7 Julai 2018. Pada kejohanan kali ini, warga kerja mewakili Persatuan Kebajikan, Sukan, Kebudayaan Kakitangan Yayasan Selangor (PKSKKYS) telah dijemput menyertai beberapa acara yang dipertandingkan bagi memeriahkan program. Selain itu, sekolah-sekolah tajaan RKPYS Yayasan Selangor di daerah Sabak Bernam turut diundang iaitu wakil dari SMK Ungku Aziz, SMK Sungai Besar, SMK Bagan Terap dan SMK Munshi Abdullah. Karnival sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh ADUN Sabak iaitu Y.B. Tuan Mustain Bin Othman. Karnival sukan ini akan diteruskan oleh Asrama Yayasan Selangor Klang yang akan menjadi tuan rumah pada edisi tahun hadapan. Penyertaan juga mungkin akan dibuka kepada sekolah-sekolah tajaan RKPYS yang lain untuk memeriahkan lagi kejohanan pada masa akan datang.
KARNIVAL SUKAN ASRAMA YAYASAN SELANGOR


Written by: AJK
Share this news: