Go Back
LAWATAN SEMPENA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL CRAFT FESTIVAL (KLICF 2017)
Persatuan
Kebajikan Sukan Dan Kebudayaan Kakitangan Yayasan Selangor (PKSKKYS) dengan
kerjasama Unit Sumber Manusia telah mengadakan lawatan pada 23 November 2017 ke
Kuala Lumpur International Craft Festival (KLIFC) yang julung kalinya diadakan
di Dataran Putrajaya. Lawatan ini diadakan atas jemputan oleh pihak Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
Malaysia dan seramai 20 orang kakitangan telah dipilih sebagai peserta. Lawatan
ini diketuai oleh wakil persatuan iaitu En. Khairuman Abu Yamin. Sepanjang
lawatan diadakan, pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah
menyediakan seorang pegawai bertugas iaitu Cik Fatimah Busu yang
bertanggungjawab sebagai pemandu arah. Festival kraf ini disertai oleh 349
usahawan kraf iaitu 224 usahawan tempatan dan 170 lagi adalah peserta dari 34
buah negara.





